Lawatan Sambil Belajar Sekolah / IPT

Kami berbesar hati untuk menerima kunjungan dari pelajar sekolah dan pelajar IPTA. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan sepanjang lawatan seperti lawatan ke gerai pesta buku, daftar ahli perpustakaan (percuma sepanjang Pesta Buku), tayangan, lawatan pameran, aktiviti canting batik dan sebagainya.

Pelajar juga berpeluang membawa pulang hadiah dengan menyertai Sudut Permainan Ilmu. Jom kita kunjungi Pesta Buku Perlis 2012.